Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 19, 2011

Separuh Akhir : Malaysia - Myanmar


19 November 2011
5:00 PETANG
RTM, TV3 & Astro Arena

Petang ini jam 5 petang merupakan penentuan misi mempertahankan emas Skuad Sukan Sea Malaysia 2011. Perlawanan separuh akhir yang menemukan Malaysia dengan Skuad Myanmar.

Untuk rekod pertemuan terakhir Skuad B23 Malaysia dengan Skuad B23 Myanmar adalah hampir sebulan yang lalu pada 21 Oktober 2011 ketika kejohanan VFF Cup 2011. Pada pertemuan di My Dinh Stadium itu. Skuad B23 Harimau Muda kita menang tipis 2-1. Sorotan perlawanan adalah seperti di bawah

Pada pertemuan ini, Myanmar terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke 16. Sebelum Syahrul Azwari menyamakan kedudukan pada minit 53 dan diikuti gol kemenangan oleh Badrol Bakhtiar pada minit 83.

Kalau diikutkan klip tersebut, peluang Malaysia di depan pintu gol Myanmar agak banyak. Cuma tak tepat ke dalam gol. Jadi kita pun sebenarnya tak tahu kekuatan sebenar Myanmar kerana kejohanan VFF 2011 adalah sekadar pemanas badan skuad-skuad sukan sea semua. Mungkin Myanmar simpan kuku & Malaysia simpan taring.

Apa pun diharapkan kita memperoleh kemenangan pada petang ini. Sekaligus mara ke final tanpa perlu mengambil kira siapa lawan kita di final kelak.

Berita yang kurang sedap didengar :

1 - Jurulatih Ong Kim Swee tetap dikenakan hukuman dan tidak akan berada di bangku simpanan dan kali ini Walkie-Talkie juga tidak dibenarkan. Harap rayuan pengurasan diterima dan Coach Ong Kim Swee boleh berada dibangku simpanan sekaligus dapat menaikkan semangat pejuang Harimau Muda.

2 - Wan Zaharulnizam ( kecik ) mungkin tidak diturunkan akibat kecederaan Hamstring

Barisan Impian Kaki Rayau

----------- Khairul Fahmi -----------

Mahali -- Muslim -- Fadhli Shas -- Asrar

--------------- Nazmi Faiz --------------

Syahrul Azwari ----Irfan--- Badrol ------Fakri

------------ Izzaq Faris -------------


Skuad Sukan Sea Malaysia
Belakang : 1 Khairul Fahmi, 24 Muslim Ahmad, 4 Fadhli Shas, 6 Asrarudin, 9 Thamil Arasu, 8 Shukur Jusuh
Depan : 10 Badrol ( K ), 18 Syahrul Azwari, 17 Fandi Othman, 11 Gurusamy, 13 Fakri Saarani

No comments:

Post a Comment

Penaja