Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 25, 2011

Cendol Madu D'Kota


Nama Kedai : Cendol Madu D' Kota

Lokasi : Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam.


Cendol memang sedap dimakan diwaktu tengah hari terutama ketika panas terik sedang membakar. Pada kebiasaan cendol boleh dinikmati di tepi-tepi jalan yang biasanya makan menggunakan mangkuk "polystyrene bowl" dan juga mangkuk besi. Agak unik, di Bandar Pinggiran Subang, terdapat satu kedai yang menyediakan menu di kedai yang lebih selesa dengan keenakkan yang sama dengan cendol yang dijual secara tradisi.



Selamat Datang





Minuman




Cendol Biasa : RM 2.00
( Cendol + Jagung + Kacang + Pulut )




Gula Merah yang menggoda



Memang biasa, sekiranya ada cendol pastinya ada sahabat akrabnya. Laksa, Rojak, Mee Kari & Mee Rebus. Memang sinonim penjual cendol akan menyertakan menu-menu ini. Dan bagi kaum adam, menu ini lebih popular dihari jumaat kerana biasanya menjadi pilihan selepas solat jumaat.



Makanan





Laksa Utara : RM4.00






Lokasi Kedai - CMDK ( Koordinat )

Bagi Kaki Rayau, Cendol agak menarik cukup manis & lemak santan disamping kuantiti lebih "banyak" berbanding yang dijual di tepi jalan. Laksa pula, Kaki Rayau sebenarnya lebih menyukai Laksa Penang. Di Cendol Madu D'Kota, laksa yang disediakan adalah Laksa Utara ( Laksa Kedah - Kuah Lebih Pekat) & agak kurang masam ( Kaki Rayau datang awal, 12:00 tgh hari, kemasaman asam keping kuah tak sempat nak meresap hehe )

Walaubagaimanapun, citarasa kita lain-lain. Tapi puas makan di sini kerana Laksa leih banyak. Berbaloi dengan harganya.

P/S: Lain kali nak try nasi ayam pula!





No comments:

Post a Comment

Penaja