Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 28, 2011

PKR menyertai Piala FA 2012

Kemboja minat Piala FA 2012


SAINGAN merebut Piala FA musim depan dijangka membabitkan kelab dari Kemboja, Preah Khan Reach FC apabila kelab liga utama negara itu menyatakan minat untuk tampil buat kali pertama beraksi di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Preah Khan Reach sudah mengemukakan permohonan rasmi namun sehingga kini keputusan sama ada membenarkan penyertaan kelab itu masih belum dibuat.


“Kami menerima permohonan kelab dari Kemboja itu untuk menyertai pertandingan Piala FA musim depan bagaimanapun perkara ini akan diputuskan apabila perjumpaan bersama sempena Mesyuarat Majlis AFF (Persekutuan Bola Sepak Asean) di Vientiane, Laos Sabtu ini.

“Kehadiran kelab dari Kemboja ini selain Singapura (Young Lions) dalam kancah bola sepak tanah air musim depan pastinya akan menjadikan saingan lebih kompetitif dan menarik minat ramai peminat tempatan.


“Selain itu penyertaan pasukan luar ini juga harus dilihat dalam aspek mengeratkan lagi rangkaian perhubungan antara kedua-dua negara,” katanya.


H A R I A N M E T R O








Kedudukan Metfone C League ( Div 1) 2011 : No 3 [ sumber ]
Penjaring terbanyak : Phanny I Rotha : 10 gol
Keputusan Hun Sen Cup ( FA Cup ) 2011 : JUARA [ sumber ]


Satu lagi pasukan di dalam Liga Malaysia 2012 - (MSL, Piala FA & Piala Malaysia)



Young Lions



"In 2011, the Football Association of Singapore and the FAM reached an agreement that would see greater cooperation between the two nations. One of the intended avenues will see Young Lions play in the MSL and Malaysian Cup from 2012 onwards, the first time a Singaporean team has participated in Malaysian domestic football since Singapore won the 1994 M-League and Malaysia Cup double. Although the new Singapore team will have the existing Young Lions set up at its core, the squad will be permitted up to five local players over the age of 23, as well as a number of overseas players in accordance with the quota set out by the rules of the Malaysian competitions the team will play in." - Wikipedia

"Pasukan luar negara lain yang akan turut serta dalam saingan Liga Malaysia musim depan ialah pasukan B-23 tahun Singapura dan The Young Lions yang akan beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. "Oleh kerana ramai pemain pasukan Young Lions terlibat dengan Perkhidmatan Negara, FAM bersetuju membenarkan beberapa pemain berumur 30-an republik itu beraksi dalam Liga Malaysia," katanya. Hamidin berkata FAM bersetuju membenarkan maksimum tiga pemain naturalisasi skuad Singapura beraksi sama. Sementara itu skuad B-23 Malaysia, Harimau Muda A pula akan menyertai saingan Liga Singapura dalam Liga Super, Piala Singapura dan Piala FA juga pada musim depan".- BERNAMA




Semoga dengan kehadiran beberapa pasukan luar ini dapat menambah meriahkan lagi persaingan Liga Malaysia 2012 disamping dengan kembalinya pemain import ke kancah Liga Malaysia 2012. Sama ada menjadi medan ujian buat FAM untuk melihat dengan situasi ini, tahap permainan pemain Malaysia kembali meningkat atau kembali merosot dan juga sama ada stadium-stadium kembali dipenuhi oleh penyokong ketika perlawanan Liga Malaysia sedang berlangsung!

Kita tunggu senarai penuh pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia yang akan disahkan tak lama lagi. Bagaimanapun untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran pemain 2012 adalah pada 8 Disember 2011.


JADUAL 2012

Piala Sumbangsih : 7 Jan 2012 - Kelantan lwn Negeri Sembilan - SSMIV, Kota Bharu,
Liga Super : Perlawanan pertama 10 Jan 2012
Liga Primer : Perlawanan Pertama 13 Jan 2012
Liga FAM : TBA
Piala FA : Final 21 April 2012
Piala Malaysia : Final 3 Nov 2012



No comments:

Post a Comment

Penaja