Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 2, 2011

Terengganu Darul Iman Part 1

Cari makan nak berkongsi cerita dan pengalaman ketika kami ke negeri Terengganu untuk menyaksikan Separuh Akhir ke 2 Piala Malaysia, Terengganu [2] vs Selangor [1].

Perancangan seminggu diambil untuk merelialisasikan impian kami untuk menjejak ke SSINS buat pertama kalinya.bermula dengan membuat tempahan hotel. [atas nasihat rakan2, kami membuat tempahan hotel lebih awal, untuk mengelakkan kena tidur dalam KFC] ...
Kemudian, misi mencari tiket.. misi ini agak mencabar.. sedia maklum, rakyat Terengganu memang ramai merantau di sini [kuala lumpur]. So, tiket dari KL - KT habis seperti dijangka. Kami mengambil inisiatif lain, yang mana beli tiket dari Shah Alam - KT [RM40.50/orang]. Alhamdulillah.. tiket dah dapat. Kami beli tiket pergi - balik untuk mengelakkan kehabisan tiket sekali lagi.
Hari yang ditunggu Jumaat 21/10/11, bergerak dari Bandar Pinggiran Subang - Telekom Raja Chulan [nak parking kereta]..dalam pukul 6 macam tu.. Cuaca tak mengizinkan trafik untuk bergerak lancar, kami terkandas dalam kesesakkan lalulintas yang agak teruk. Tp alhamdulillah nasib menyelebahi kami.. kami sempat sampai di TM Raja Chulan dan bergerak ke KL Sentral untuk menunaikan solat dan ambil komuter ke Shah Alam dalam pukul 8.20pm.

Selamat sampai ke Terminal Bas Shah Alam dengan bantuan pakcik teksi yang baik hati.Bas dah tersedia ada disana. Bas bergerak dalam pukul 935pm. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, selamat sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 5pagi. Cuba pegi hotel untuk check - in, tapi tak boleh..sebab bilik sudah penuh. Dan kami bergerak ke Masjid Putih yang tak jauh dari stesen bas KT. Alhamdulillah berehat dan bersolat Subuh di sana.

Ambil sarapan pagi, dan berjalan kaki ke SSINS untuk membeli tiket dalam pukul 8pagi. Kaunter belum dibuka.. Tunggu dan Tunggu.. 945pagi baru kaunter dibuka. Alhamdulillah. dapat tiket.

keadaan peminat di hadapan kaunter tiket

tiket untuk masuk stadium

Setelah tiket ditangan, baru kami merancang untuk mencari Pasar Payang. Kami jumpa. masuk jalan2 tengok apa yang ada.. Disini banyak jual batik2 terengganu cantik2. tp carimakan kurang berminat untuk bershopping. Dan kami terus cari makan [seperti nama blog]. Makan lebih kurang, jalan2 lebih kurang. dan badan pun dah sangat letih. Ambil keputusan untuk pegi check in. Alhamdulillah.. bilik dah kosong. Dapat kunci, lepak sampai petang dalam bilik.


Sambung Part 2. :)



2 comments:

  1. duduk bilik sorang tido...
    sorang lagi baik punya surfing...
    wifi laju katanya...
    kat KL pon tak selaju KT

    ReplyDelete

Penaja