Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 7, 2011

Sukan Sea - Malaysia lawan Singapura


Ayuh Bangkitlah Berjuang!

Barisan Pemain

1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Asrarudin Putra Omar
3. Muslim Ahmad
4. Fadhli Shas
5. Fandi Othman
6. Baddrol Bakhtiar (K)
7. K.Gurusamy
8. Shukur Jusuh (OUT) - Irfan Fazail ( IN )
9. A.Fakri Saarani
10. A.Thamil Arasu (OUT) - Wan Zaharul Nizam ( IN )
11. Syahrul Azwari (OUT ) - Izzaq Faris ( IN )

apa macam first half..?

LEMAU

passing lemah..bola selalu sangkut..passing mudah untuk dipatahkan dan dibaca oleh singapura..
tengah agak lemah..tak mampu nak create serangan berbahaya...
dan hujung-hujung first half tadi..berpunca daripada bola yang dirampas dari kaki Thamil..mudah di asak ke benteng malaysia..dengan defend2 kita sekali turut mamai macam tatau nak buat apa..

Singapura pun nyaris dapat membolosi gawang..tapi dengan serangan-serangan lemah walaupun mudah..mampu dibaca & ditangkap oleh Apek..dan sekali percubaan yang dapat ditepis oleh Khairul Fahmi..

freekick malaysia so far ok..bard ambil tepat..cuma tepat ke keeper..harap dipelbagaikan lagi corak freekcik pada 2nd half nanti..

Syahrul Azwari dah dapat kad kuning untuk malaysia..dan harap lebih berhati-hati..

tunggu macam mana perancangan OKS untuk 2nd half..tngok siapa yang boleh kita masukkan...Yong Kuan Yong.? Irfan Fazail ( belum cergas 100% )..Asrar tu naik jadi winger pon ok jugak..

Second Half?

Lagi LEMAU

Bard memang tak nampak di awal-awal separuh masa. Irfan Fazail yang dimasukkan dan diharap mampu mengubah corak permainan...tinggal harapan ja.

Malaysia masih menghadapi masalah yang sama..kurangnya idea dari jentera tengah untuk generate bola ke serangan. Menyebabkan bola sekadar berpusing-pusing di tengah padang dan kemudian dirampas oleh Singapura.

Pengadil juga banyak membantu atas ke seri an keputusan petang ini. Kerap membantutkan dengan tiupan wisel untuk kekasaran menyebab banyak idea jadi mati di tengah padang. Mungkin boleh sesekali sekadar memberikan advantage sahaja sekiranya bola masih lagi di kaki pemain yang dijatuhkan.

Peluang Penalti..?
Walaupun memang nampak kekasaran itu wajar diberikan penalti, tapi takkan nak mengharapkan sepakan penalti semata-mata. Sepatutnya banyak idea untuk gerakan-gerakan menarik yang mampu menghasilkan gol padang.

Secara keseluruhan untuk separuh masa kedua hanya sekali sahaja peluang untuk menjaringkan gol. hasil bola muntah daripada sepakan sudut yang disambar bard tapi melencong jauh..
Lain-lain..hanya sekadar menari-nari ditengah padang..

Singapura mungkin berpuas hati mampu menyekat skuad juara pada hari ini
sambil Indonesia & Thailand mungkin tersenyum melihat keputusan Malaysia tadi

Jangan sampai keputusan hari ini menyebabkan kita menangis di penghujung saingan..

All The Best !
Cuaca Indonesia dan Slovakia mungkin tidak sama
tetapi pemain yang beraksi sebahagian adalah orang yang sama

-Kaki Rayau-

No comments:

Post a Comment

Penaja