Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 2, 2011

Sate Sri Subang

Mari cerita pasal makan.

Satay!!!!!

Pernah dengar Sate Sri Subang?
Sate Sri Subang sama sekali tidak terletak di kawasan Subang, USJ, Subang Jaya..tidak sama sekali. Tetapi lokasi sebenar Sate Sri Subang terletak di kawasan Sg Plong dalam kawasan Sg Buloh.

Google Maps & Koordinat

Perjalanan yang sebenar adalah di Sg Buloh perjalanan menuju ke arah Kuala Selangor. Anda akan melalui kawasan Paya Jaras, dan terus ke Sg Plong. Akan jumpa persimpangan lampu isyarat dihadapan Balai Polis Sg Plong.Ambil simpang ke arah Kuang ( Kanan ). Dari persimpangan itu, perjalanan hanyalah sejauh 400M.
Akan jumpa deretan kedai-kedai, jambatan kecil dan Sate Sri Subang betul-betul selepas jambatan kecil tersebut ( kiri ). GPS masukkan je koordinat tu...habih cerita.

Cerita pasal Sate Sri Subang, cuba try google. Pasti akan keluar cerita kurang enak yang menimpa sahabat kita mengenai kehabisan satay. Setakat ini, kunjungan kami ke sana ( tak kerap sangat, ada la beberapa kali ) tidak berhadapan situasi tersebut. Simpati buat saudari kita dan diharapkan berani untuk mencuba sekali lagi sate di sana.

satay ayam ( kuning ), satay perut ( kiri ) & satay daging ( kanan/atas )

Apa macam? terliur? hehehe
Secaranya kunjungan kami bertarikh 24 Okt 2011 jam +-9:00 malam ok la. Pengunjung pun tak ramai. Satay pon nampaknya sedang rancak dibakar dan baunya boleh menusuk dan membuat terbayang-bayang. Pelayang pun cepat mengambil order.

Sambil menunggu-nunggu order sampai, mata pun melilau kesana kemari. Mencari Nasi Lemak Bunjut. Kali terakhir kunjungan kami ke sini. Cari Makan sangat seronok makan Nasi Lemak Bunjut tanpa mengambil kira orang belakang..
Puas mencari, tapi tiada.. nak tanya pelayan malas..jadi buat tak tau saja....

Carrot Susu = RM2.00

Nasi Himpit = RM1.00
Satay = RM0.70

Secara keseluruhan, memang la puas hati makan di sini. Sate perut dia memang kelas. Rasanya sate perut di sini paling terbaik pernah saya rasa. Selain sate, terdapat juga menu masakan panas. Dikhabarkan Mee Bandung di sini juga ada special. Tapi kami belum sempat lagi untuk mencuba.

Jika ada masa bolehlah mencuba satay di Sate Sri Subang, kemudian bandingkanlah dengan jenama-jenama satay lain. Kaki Rayau nak jamin sedap tu tak lah jugak, tapi insya'Allah akan berpuas hati. Tapi jangan segan silu untuk meminta kuah kacang tambah nanti.. ( kena jejak kaki ke sini dulu baru faham kenapa )

Lokasi lain yang berhampiran dengan Sate Sri Subang adalah "Manggis Cafe" & "BBQ Land Kuang".. Jika sampai ke Sg Buloh/Kuang.. boleh lah pandang-pandang dan cari-cari kesemuanya..

P/S : macam mana ejaan yang betul? Sate atau Satay?

-Kaki Rayau-

No comments:

Post a Comment

Penaja