Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Piala Emas Raja-Raja 2011 - Edisi 71 : Suku Akhir


Anjuran



Dengan Kerjasama



Penaja Utama




Suku Akhir



Kedah lawan Pulau Pinang
PDRM lawan Pahang
MASUM lawan Perlis
Melaka lawan Selangor

Suku Akhir 1 : 3 Dis 2011
Suku Akhir 2 : 10 Dis 2011


Sumber : Haria Penang



Monday, November 28, 2011

PKR menyertai Piala FA 2012

Kemboja minat Piala FA 2012


SAINGAN merebut Piala FA musim depan dijangka membabitkan kelab dari Kemboja, Preah Khan Reach FC apabila kelab liga utama negara itu menyatakan minat untuk tampil buat kali pertama beraksi di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Preah Khan Reach sudah mengemukakan permohonan rasmi namun sehingga kini keputusan sama ada membenarkan penyertaan kelab itu masih belum dibuat.


“Kami menerima permohonan kelab dari Kemboja itu untuk menyertai pertandingan Piala FA musim depan bagaimanapun perkara ini akan diputuskan apabila perjumpaan bersama sempena Mesyuarat Majlis AFF (Persekutuan Bola Sepak Asean) di Vientiane, Laos Sabtu ini.

“Kehadiran kelab dari Kemboja ini selain Singapura (Young Lions) dalam kancah bola sepak tanah air musim depan pastinya akan menjadikan saingan lebih kompetitif dan menarik minat ramai peminat tempatan.


“Selain itu penyertaan pasukan luar ini juga harus dilihat dalam aspek mengeratkan lagi rangkaian perhubungan antara kedua-dua negara,” katanya.


H A R I A N M E T R O








Kedudukan Metfone C League ( Div 1) 2011 : No 3 [ sumber ]
Penjaring terbanyak : Phanny I Rotha : 10 gol
Keputusan Hun Sen Cup ( FA Cup ) 2011 : JUARA [ sumber ]


Satu lagi pasukan di dalam Liga Malaysia 2012 - (MSL, Piala FA & Piala Malaysia)



Young Lions



"In 2011, the Football Association of Singapore and the FAM reached an agreement that would see greater cooperation between the two nations. One of the intended avenues will see Young Lions play in the MSL and Malaysian Cup from 2012 onwards, the first time a Singaporean team has participated in Malaysian domestic football since Singapore won the 1994 M-League and Malaysia Cup double. Although the new Singapore team will have the existing Young Lions set up at its core, the squad will be permitted up to five local players over the age of 23, as well as a number of overseas players in accordance with the quota set out by the rules of the Malaysian competitions the team will play in." - Wikipedia

"Pasukan luar negara lain yang akan turut serta dalam saingan Liga Malaysia musim depan ialah pasukan B-23 tahun Singapura dan The Young Lions yang akan beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. "Oleh kerana ramai pemain pasukan Young Lions terlibat dengan Perkhidmatan Negara, FAM bersetuju membenarkan beberapa pemain berumur 30-an republik itu beraksi dalam Liga Malaysia," katanya. Hamidin berkata FAM bersetuju membenarkan maksimum tiga pemain naturalisasi skuad Singapura beraksi sama. Sementara itu skuad B-23 Malaysia, Harimau Muda A pula akan menyertai saingan Liga Singapura dalam Liga Super, Piala Singapura dan Piala FA juga pada musim depan".- BERNAMA




Semoga dengan kehadiran beberapa pasukan luar ini dapat menambah meriahkan lagi persaingan Liga Malaysia 2012 disamping dengan kembalinya pemain import ke kancah Liga Malaysia 2012. Sama ada menjadi medan ujian buat FAM untuk melihat dengan situasi ini, tahap permainan pemain Malaysia kembali meningkat atau kembali merosot dan juga sama ada stadium-stadium kembali dipenuhi oleh penyokong ketika perlawanan Liga Malaysia sedang berlangsung!

Kita tunggu senarai penuh pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia yang akan disahkan tak lama lagi. Bagaimanapun untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran pemain 2012 adalah pada 8 Disember 2011.


JADUAL 2012

Piala Sumbangsih : 7 Jan 2012 - Kelantan lwn Negeri Sembilan - SSMIV, Kota Bharu,
Liga Super : Perlawanan pertama 10 Jan 2012
Liga Primer : Perlawanan Pertama 13 Jan 2012
Liga FAM : TBA
Piala FA : Final 21 April 2012
Piala Malaysia : Final 3 Nov 2012



Sunday, November 27, 2011

Keputusan Piala Emas Raja-Raja 2011 - Perlawanan Ketiga


Anjuran



Dengan Kerjasama



Penaja Utama



Perlawanan 3 - 27 Nov 2011
A3 - Pahang  -  Kedah
A3 - Negeri Sembilan - Singapura ( STAR Paroi - 8:30 malam )
B3 - Pulau Pinang 1 - 2 PDRM
B3 - Terengganu 1 - 1 ATM
C3 - Johor 1 - 5 Selangor
C3 - Perak - MASUM ( Stdm Perak, Ipoh - 8:30 malam )
D3 - Melaka 2 - 3 Kuala Lumpur 
D3 - Kelantan 0 - 0 Perlis 


Sumber : Haria Penang



Olympic Qualifier Malaysia vs Bahrain




MALAYSIA - BAHRAIN
kELAYAKKAN OLIMPIK KUMPULAN C
27 November 2011
8:30 Malam
Stdm Nasinonal Bukit Jalil
Live RTM & Astro Arena






Kedudukan Kumpulan C



Malaysia 0-2 Syria ( 23 Nov 2011 )
Nazmi Faiz mengasak pemain Syria


Malam ini Skuad Olimpik Malaysia ( Harimau Muda ) berdepan ujian getir iaitu perlawanan terakhir pusingan pertama menentang Bahrain, yang juga belum mencatat sebarang kemenangan. Walaubagaimanapun Bahrain yang berkedudukan satu tangga diatas Malaysia bukanlah pasukan yang boleh dianggap mudah walaupun dibezakan dengan Malaysia dengan1 gol yang mereka prolehi hasil pertemuan dengan Syria pada perlawanan pertama.

Mungkin tuah buat skuad Harimau Muda apabila mendapat 2 kali perlawanan "home" dalam masa terdekat apabila Bahrain yang menentang Jepun di Bahrain terpaksa melalui perjalanan ke Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun sekarang, isu keletihan selepas memenangi pingat emas sukan sea diharapkan sudah selesai dimana pemain sudah mendapat rehat yang cukup selama 3 hari sebelum perlawanan malam ini.

Mengenai isu kecederaan, tidak dapat dipastikan sama ada barisan terkuat dapat diturunkan olh Jurulatih Ong Kim Swee memandangkan kedengaran beberapa pemain yang masih mengalami kecederaan setelah mengharungi jadual yang padat di Sukan Sea dan terus ke Kelayakkan Olimpik. Akan tetapi, kita harus yakin dengan barisan pemain simpanan yang mana agak Regular diturunkan dalam kempen Liga Super 2011 & Kempen Slovakia dan kami yakin, tiada sebarang masalah untuk mereka beraksi dengan baik.

Akhir kata doa kami iring dari sini. Dan kepada penyokong, diharapkan dapat memberi sokongan yang jitu dengan penuh semangat kesukanan.


Saturday, November 26, 2011

Keputusan Piala Emas Raja-Raja 2011 - Perlawanan Kedua



Anjuran



Dengan Kerjasama



Penaja Utama




Perlawanan 2 - 26 Nov 2011
A2 - Pahang 2 - 0 Singapura
A2 - Kedah 2 - 2 Negeri Sembilan ( KEPUTUSAN Tidak Rasmi)
B2 - ATM 2 - 2 Pulau Pinang ( Memerlukan SERI untuk LAYAK )
B2 - Terengganu 0 - 3 PDRM ( PDRM Layak ke SUKU AKHIR )
B2 - MASUM 1 - 0 Johor
B2 - Selangor 2 - 0 Perak ( KEPUTUSAN Tidak Rasmi)
D2 - Melaka 1 - 0 Perlis
D2 - Kelantan 3 - 0 Kuala Lumpur

Perlawanan 3 - 27 Nov 2011
A3 - Pahang - Kedah ( STAR Paroi - 4:45 petang )
A3 - Negeri Sembilan - Singapura ( STAR Paroi - 8:30 malam )
B3 - Pulau Pinang - PDRM ( Stdm USM - 4:45 petang )
B3 - Terengganu - ATM ( Padang A - 4:45 petang )
C3 - Johor - Selangor ( Stdm Perak, Ipoh - 4:45 petang )
C3 - Perak - MASUM ( Stdm Perak, Ipoh - 8:30 malam )
D3 - Melaka - Kuala Lumpur ( Padang Penjara Pengkalan Chepa - 3:00 petang )
D3 - Kelantan - Perlis ( Padang Penjara Pengkalan Chepa - 5:00 petang )


Sumber : Haria Penang



Salam Maal Hijrah



MUHARAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa akhir tahun:
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:



Maksudnya “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”


Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan Mengampunkan dosanya setahun."


Doa awal tahun:



Maksudnya “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."


Amalan-amalan sunat:
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Friday, November 25, 2011

Cendol Madu D'Kota


Nama Kedai : Cendol Madu D' Kota

Lokasi : Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam.


Cendol memang sedap dimakan diwaktu tengah hari terutama ketika panas terik sedang membakar. Pada kebiasaan cendol boleh dinikmati di tepi-tepi jalan yang biasanya makan menggunakan mangkuk "polystyrene bowl" dan juga mangkuk besi. Agak unik, di Bandar Pinggiran Subang, terdapat satu kedai yang menyediakan menu di kedai yang lebih selesa dengan keenakkan yang sama dengan cendol yang dijual secara tradisi.



Selamat Datang





Minuman




Cendol Biasa : RM 2.00
( Cendol + Jagung + Kacang + Pulut )




Gula Merah yang menggoda



Memang biasa, sekiranya ada cendol pastinya ada sahabat akrabnya. Laksa, Rojak, Mee Kari & Mee Rebus. Memang sinonim penjual cendol akan menyertakan menu-menu ini. Dan bagi kaum adam, menu ini lebih popular dihari jumaat kerana biasanya menjadi pilihan selepas solat jumaat.



Makanan





Laksa Utara : RM4.00






Lokasi Kedai - CMDK ( Koordinat )

Bagi Kaki Rayau, Cendol agak menarik cukup manis & lemak santan disamping kuantiti lebih "banyak" berbanding yang dijual di tepi jalan. Laksa pula, Kaki Rayau sebenarnya lebih menyukai Laksa Penang. Di Cendol Madu D'Kota, laksa yang disediakan adalah Laksa Utara ( Laksa Kedah - Kuah Lebih Pekat) & agak kurang masam ( Kaki Rayau datang awal, 12:00 tgh hari, kemasaman asam keping kuah tak sempat nak meresap hehe )

Walaubagaimanapun, citarasa kita lain-lain. Tapi puas makan di sini kerana Laksa leih banyak. Berbaloi dengan harganya.

P/S: Lain kali nak try nasi ayam pula!





Thursday, November 24, 2011

Olympic Qualifier Malaysia [0] vs Syria [2]



[0] [2]


OKS membuat pencaturan dengan menurunkan kesebelasan utama yang diberi kepercayaan malam tadi..

Khairul Fahmi Che Mat,Mahali Jasuli, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohammad Muslim Ahmad, Amer Saidin, Thamil Arasu A/L Ambumamee, Gurusamy Govandar Kandasamy , Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zack Haikal Wan Nor , Mohamad Fandi Othman


**Gurusamy Govandar Kandasamy (D. Saarvindran 61')
** Wan Zack Haikal Wan Nor (Mohd Izuan Solahudin 90'+3)
**Mohamad Fandi Othman (Nazirul Naim Che Hashim 83')

ternyata keletihan menghempas pulas di Sukan Sea, menyukarkan Harimau Muda untuk membenam Syria yang datang ke Kuala Lumpur sejak sabtu lepas.. Manakala skuad Harimau Muda baru menjejakkan kaki ke Malaysia pada hari Selasa..

Dengan berbekalkan 2 kekalahan sekarang, kita berada di tangga tercorot selepas Bahrain dengan Bahrain mempunyai kelebihan 1 gol ketika menentang Syria [3-1] . Syria buat masa ini berada di tangga teratas dengan menang 2 perlawanan dan dengan kelebihan 1 gol di depan Japan.

Terkini kedudukan Malaysia dalam Kumpulan C :


Apa2 pun skuad harimau muda masih ada 1 game yang penting ahad ni.. Menentang Bahrain... Stadium Bukit Jalil lagi sekali akan gamat dengan penyokong - penyokong Malaysia yang mahukan kemenangan Malaysia.

Selamat Maju Jaya Harimau Muda....!


**maaf kurang ulasan, kami tidak dapat menonton perlawanan kerana makan besar...!!




Wednesday, November 23, 2011

Piala Emas Raja-Raja 2011 - Edisi 71


Anjuran



Dengan Kerjasama



Penaja Utama




Kumpulan A


1. Negeri Sembilan - Tuan Rumah
2. Pahang
3. Kedah
4. Singapura

Kumpulan B

1. Pulau Pinang - Tuan Rumah
2. ATM
3. PDRM
4. Terengganu

Kumpulan C

1. Perak - Tuan Rumah
2. Selangor
3. Johor
4. MASUM ( Majlis Sukan Univerisiti Malaysia )

Kumpulan D

1. Kelantan - Tuan Rumah
2. Perlis
3. Kuala Lumpur
4. Melaka

Perlawanan 1 - 25 Nov 2011
A1 - Singapura 0 - 4 Kedah
A1 - Negeri Sembilan 3 - 1 Pahang
B1 - Pulau Pinang 2 - 0 Terengganu
B1 - PDRM 4 - 1 ATM
C1 - Selangor 0 - 1 MASUM
C1 - Perak 5 - 1 Johor
D1 - Perlis 4 - 0 Kuala Lumpur
D1 - Kelantan 0 - 3 Melaka

Perlawanan 2 - 26 Nov 2011
A2 - Pahang 2 - 0 Kedah
A2 - Negeri Sembilan 2 - 2 Singapura
B2 - ATM 2 - 2 Pulau Pinang
B2 - Terengganu 0 - 3 PDRM
B2 - MASUM 1 - 0 Johor
B2 - Selangor 2 -  0 Perak
D2 - Melaka 1 - 0 Perlis
D2 - Kelantan 3 - 0 Kuala Lumpur

Perlawanan 3 - 27 Nov 2011
A3 - Pahang 3 - 1 Singapura
A3 - Negeri Sembilan 1 - 2 Kedah ( PERLAWANAN SEDANG BERLANGSUNG )
B3 - Pulau Pinang 1 -  2 PDRM
B3 - Terengganu 1 - 1 ATM
C3 - Johor 1 - 5 Selangor
C3 - Perak - MASUM ( Stdm Perak, Ipoh - 8:30 malam )
D3 - Melaka 2 - 3 Kuala Lumpur 
D3 - Kelantan 0 - 0 Perlis

Suku Akhir 1 - 3 Dis 2011
Suku Akhir 2 - 10 Dis 2011

Separuh Akhir 1 - 17 Dis 2011
Separuh Akhir 2 - 24 Dis 2011

Akhir - 30 Dis 2011



Pautan : Kelantan Juara Piala Agong 2011


Sumber : Haria Penang



Tuesday, November 22, 2011

Olympic Qualifier Malaysia vs Syria





Kelayakkan Olimpik Kumpulan C
23 November 2011
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam



Malaysia 2-1 Lubnan
Belakang (dari kiri): K.Gurusamy, Gary Steven Robbat,Wan Zack Haikal, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Khairul Fahmi Che Mat
Depan (dari kiri): Fandi Othman, Mohd Affize Faizal Mamat , Zubir Azmi, Irfan Fazail, Syahrul Azwari


Malaysia 2 - 0 Pakistan
Belakang (dari kiri): K.Gurusamy, Mahali Jasuli, Faizal Muhamad, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Khairul Fahmi Che Mat
Depan (dari kiri): Ahmad Fakri Saarani, Mohd Affize Faizal Mamat , Wan Zaharulnizam, Fandi Othman, Irfan Fazail


Jepun 2 - 0 Malaysia (21 September 2011)
Mahali menghalang pergerakkan Keigo Higashi sambil diperhatikan Shukur Jusuh


Jepun 2 - 0 Malaysia (21 September 2011)
Shukur Jusuh menghalang kemaraan Genki Haraguchi

Setelah misi mempertahankn pingat emas Sukan Sea berjaya dilaksanakan, Skuad Harimau Muda akan menghadapi satu lagi ujian getir iaitu Misi Beraksi Cemerlang dalam saingan kelayakkan Olimpik London 2012 Zon Asia.

Dengan keadaan pemain yang ramai tercedera, pemain keletihan setelah tiba di Kuala Lumpur pada jam 8:00 pagi tadi, dikurung di GBK, beraksi 120 minit + Sepakan Penalti, jadual perlawanan padat... Sememangnya pemain Skuad Harimau Muda boleh dianggap sedang merasai "Neraka Dunia Bola Sepak" dalam karier mereka.

Nama-nama seperti Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat, Izuan Salehhudin, Mohd Afizze pastinya akan membuktikan bahawa mereka juga layak berada di dalam Skuad Olimpik Malaysia.

Semoga beraksi cemerlang esok, Penyokong Malaysia sentiasa di belakang kalian !


Sekadar Cuci Mata : Taman Sari Brasserie








































































Taman Sari Brasserie


nak cerita pun tak tahu sebab tak pernah menjejak kaki ke Taman Sari Brasserie . Dah sampai esok baru boleh sembang. Cuci mata dulu, ambil mood..


-Kaki Rayau-




Penaja