Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 27, 2012

Cencaru disumbat Sambal

Pertama kali carimakan cuba buat cencaru sumbat sendiri, selama ni tengok ja mak buat..hehehe

Beli ikan cencaru di NSK, murah rupanya cencaru ni.. lain kali boleh beli lagi.

carimakan search resepi di internet, biasa la.. tak pernah buat.


Bahan- bahan:

- 2 ekor ikan cencaru
- 5 batang cili merah
- bawang besar
- asam jawa
- garam secukup rasa
- minyak masak


Cara - caranya:

- Bersihkan ikan dan belah bahagian belakang. letak garam dan kunyit seperti nak goreng ikan.
- Tumbuk cili merah bersama bawang besar, jika mahu pedas letak cili padi (citarasa sendiri).
- Setelah selesai, gaul cili dengan air asam jawa pekat, sedikit garam.
- Ambil cili tadi, masukkan di bahagian belakang ikan.

- panaskan sedikit minyak, setelah minyak panas goreng ikan sehingga garing.
- angkat dan hidangkan.

Hasilnya:


 cencaru yang disumbat



 menu tambahan - kangkung goreng sos tiram


Hasil selepas makan:




Selamat Mencuba !

Monday, February 20, 2012

Piala Amal Razali Alias




Piala Amal Razali Alias

Game : Belia Sinaran vs Kelab Sultan Sulaiman
Tarikh : 24/2/2012
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Padang Wisma FAM, Kelana Jaya.


Satu perlawanan amal akan dilangsungkan pada masa dan lokasi diatas bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga Allahyarham Razali Alias.

Pasukan Veteran Belia Sinaran akan diuruskan oleh bekas pengurus pasukan Bola Sepak Selangor, Dato Satim Diman ( mertua Amri 100 ) dan antara pemain yang telah memberi persetujuan untuk mewakili Belia Sinaran adalah bekas pemain seperti Karim Pin, Mazlan Wahid, Rusdi Suparman, Aizal Lamin dan ramai lagi yang masih diperingkat perbincangan.


Mohon jika ada kelapangan untuk sama-sama kita memeriahkan perlawanan dan memberi sedikit sumbangan untuk sama-sama membantu keluarga Allahyarham

Sumber Info : SelangorFC

Sunday, February 19, 2012

Laksa Di Rebus

Semalam membeli belah barang dapur, tetiba teringat nak cuba buat laksa sendiri. Asalnya disebabkan geram tengok ikan kembung kat NSK tu.

tengahari tadi mula la projek buat laksa. resepi internet sebagai panduan. hehehe

Cara masak Laksa resepi carimakan;

Bahan-bahan:

1) Laksa (kering atau basah) ; carimakan pilih basah
2) Ikan kembung 5 ekor (direbus dan dikisar).
3) Cili Kering + sebiji bawang besar dikisar. *kalau nak lebih pedas tambah cili*
4) asam keping
5) garam secukup rasa

Cara - cara :

1) Rebus ikan, toskan (simpan air rebusan untuk kuah), asingkan tulang ikan dan isi. Kisar ikan tersebut.
2) Kisar cili kering bersama bawang besar
3) Masukkan cili bersama air rebusan ikan, dan isi ikan yang telah dikisar. Jangan lupa kisar tulang ikan yang telah diasingkan dan tapis untuk dapatkan air tersebut.
4) Masak dan masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
5) Kacau hingga masak.

Jangan lupa sediakan bahan sampingan iaitu timun, daun selum, telur rebus dan bawang dicincang halus. Ini untuk melengkapkan rasa LAKSA yang telah dimasak.

Hasilnyaa :




Selamat Mencuba !

Friday, February 10, 2012

Pantai Remis, Kuala Selangor ( Jimba - Jimba )

Lokasi : Pantai Remis, Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor
Lokasi Lain Berhampiran : Bandar Kuala Selangor, Bandar Klang
Jarak Dari KL : 55km ( Google Maps dari Mid Valley Megamall melalui Federal Hgwy )


panorama laut di Pantai Remis



ibubapa siapkan duit kerana disini ada Upin, Ipin & Boboiboy



kaki pancing..macam mana hasi tangkapan ?



ibu bapa siapkan duit di sini ada jual permainan



penguatkuasa MDKS yang menjalankan tugas di hari cuti



cari port memancing ke bro?


para suami sediakan duit disini ada menjual tudung


siapa perlu siapkan duit untuk ini?


Thursday, February 9, 2012

Sg Pertak, Kuala Kubu Bharu ( Jimba-Jimba )

Lokasi : Sg Pertak, Kuala Kubu Bharu ( Berdekatan Empangan Sg Selangor )
Lokasi Lain Berhampiran : Air Terjun Chiling & Bukit Fraser
Jarak Dari KL : 78km ( Google Maps dari Tol Jalan Duta )





kawasan perkelahan




kawasan perkelahan ( perlu meredah air )




kawasan perkelahan ( perlu meredah air )




khemah kaki pancing





jeram yang menarik - tidak dalam




kawasan perkelahan ( makanan yang dibawa )




serangga bebas berterbangan ( Pepatung )




jeram ( lokasi sama )




pengunjung lain yang bersama beriadah


Tempat yang menarik untuk beriadah seisi keluarga. Mungkin tidak se~popular Ulu Yam, Sg Congkak dan lain-lain kawasan air terjun lain di negeri Selangor, tetapi untuk kali ke 4 Kaki Rayau ke sini mendapati lokasi ini sudah semakin ramai pengunjung.

Sg Pertak juga merupakan laluan masuk ke beberapa lokasi yang masih terpelihara kawasannya seperti Sg Luit, Sg Rinting, Lubuk Mecu, Lata Jebus & Lata Medang. Walaubagaimanapun perlu mendaki untuk sampai ke lokasi-lokasi tersebut. Dan semestinya untuk ke sana pastinya perlu bermalam kerana tak berbaloi penat mendaki dan hanya datang untuk satu ke dua jam sahaja.

Bagi yang minat mendaki bukit, Laluan ini juga merupakan Laluan ke Bukit Kutu, kota peninggalan British yang ditinggalkan... [ BACA BUKIT KUTU ]

Jika membawa anak-anak kecil, Sg Pertak sudah memadai...



kanak-kanak riang bermain air






Tuesday, February 7, 2012

Hafalan Shalat Delisa - preview

Salam pagi 7 Februari 2012,

pagi - pagi ni carimakan teringat pulak nak ber'entry' filem dari Indonesia yang carimakan berkesempatan tengok di Astro First. Mula-mula dulu, ada kawan bagi link trailer di FB, carimakan layan. Bila keluar di Astro First terus carimakan subscribe, sebab tak pasti ada ditayang di pawagam atau tak.

HAFALAN SHALAT DELISA, itulah nama filem yang carimakan tonton. Sebuah filem yang ringkas tapi padat dengan mesej yang hendak disampaikan.

 
Sinopsis, mengisahkan Delisa (Chantiq Schagerl), anak bongsu kepada Abi Usman (Reza Rahadian) & Ummi (Nirina Zubir), adik bongsu kepada 3 kakaknya..Fatimah (Ghina Salsabila), Aisyah (Reska Tania Apriadi), Zahra (Riska Tania Apriadi). Permulaan jalan cerita, mengisahkan Delisa yang yang berumur 6 tahun yang perlu menghafal surah di dalam shalat memandangkan beliau akan menjalani ujian amali shalat bersama Ustaz Rahman pada 26 Disember 2004.
Sampai di hari kejadian, ketika sedang bersiap untuk ke ujian amali, gempa sudah berlaku dan ketika Delisa sedang kusyuk melakukan ujian amali shalat, tsunami datang menghentam dan Delisa juga terlibat di bawa hanyut air deras. Setelah beberapa hari pengsan, Delisa telah diselamatkan oleh anggota penyelamat dan di bawa ke hospital. Alhamdulillah, Delisa masih hidup tapi kakinya terpaksa dipotong kerana luka yang teruk.
Berita Acheh ditimpa tsunami telah sampai ke pengetahuan Abi nya. Bergegas pulang dan lihat tiada siapa alih keluarganya yang tinggal. Akhirnya Delisa berjaya bertemu dengan Abinya selepas Pak Acan membaca nota tulisan Delisa. Gembira dapat berjumpa semula dengan Abinya walaupun sedih atas pemergian 3 kakaknya ke syurga, dan Umminya belum ditemui.
Delisa bangkit, di tengah rasa sedih akibat kehilangan, di tengah rasa putus asa yang mendera Abi Usman dan juga orang-orang Aceh lainnya, Delisa telah menjadi malaikat kecil yang membagikan tawa di setiap kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah mengajarkan bagaimana kesedihan bisa menjadi kekuatan untuk tetap bertahan. Walau air mata rasanya tak ingin berhenti mengalir, tapi Delisa mencoba memahami apa itu ikhlas, mengerjakan sesuatu tanpa mengharap balasan.
Untuk pengetahuan, filem ini hasil adaptasi dari sebuah novel terlaris dari karya Tere Liye yang juga berjudul HAFALAN SHALAT DELISA.


pada yang teresak-esak tengok Ombak Rindu tu, rasanya patut jugak menonton filem ini. Filem yang tiada di Malaysia. 10/10 dari carimakan.



Penaja