Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 12, 2012

Spaghetti di masak !

salam readers;

Buat pertama kali, carimakan nak post masakan yang carimakan masak hari Ahad lepas.. dan pertama kali jugakla dalam hidup ni carimakan masak spaghetti. kedengaran macam kuno, tapi itu lah realitinya. haha

Bermula dengan membeli barang2... Spaghetti, daging cincang, tomato, sos spagetti dan sosej.

Carimakan aci redah ja masak, sebab pikir sos spaghetti tu dah readymade kan, so takda la risau dengan tahap rasa spagetti tu....

Cara carimakan masak:

Kuah Spaghetti:
1) Tumis bawang putih
2) Masukkan Daging cincang
3) Masak hingga daging tu masak & empuk
4) Masuk sos spagetti (ready made)
5) Masak sos sampai masak, kacau2
6) Masuk Sosej (dipotong kecil-kecil)
7) Masuk Tomato (Dihiris dadu)
8) Garam Secukup rasa :)
9) Kacau hingga masak.

Spaghetti:
1) Didihkan air
2) Masukkan spaghetti, masukkan sedikit minyak masak & garam
3) Rebus hingga lembut
4) Angkat dan toskan


 masak daging bersama bawang putih

rebus spaghetti

 angkat dan toskan

 sedia untuk dihidang

hidang bersama sos spaghetti

Hasilnyaaaaaaaaaaa.......





Masak itu bukan susah, susah kalau kita tak mau cuba..!

**maaf dengan kualiti gambar, carimakan belum beli Nikon lagi :P

1 comment:

Penaja