Mai Singgah Dulu!!!
Lokasi : Hadapan SMK Aman Jaya, Sungai Petani
Menu : Laksa Buyung + Cendol
Menu : Laksa Buyung + Cendol
Banner Menu Bihun Sup & Laksa abang Md Ket ( No telefon juga tertera )
Memang peramah dengan pelanggan. Kebanyakkannya pelanggan tetap abang Md Ket
Menyelerakan? Sesuai dimakan bersama keluarga sebagai aktiviti sampingan dan riadah
Abang Md Ket menyediakan Laksa, tak sedar gambar diambil
Laksa Buyung Md Ket ( dah dimakan 2 - 3 suap baru amek gambar )
Harga ? RM2.00 ( KL memamg harapan la nak jumpa harga ni )
Sos Cili & Kicap ( xpernah jumpa kot jenama ni..haha Kaki Rayau memang pelik )
ini lah buyung memasak kuah laksa
Sebelah gerai Laksa
Cendol siap pulut, kacang, dan mangkuk arcopal!
Harga ? RM1.50 (harga sama ngan KL..saiz? )
Cuti tahun baru ni, kami ke Sungai Lalang di Sg Petani untuk ke rumah abang & kakak ipar yang menetap disitu. Singgah sebentar layan laksa di hadapan SMK Aman Jaya ( apa ntah nama tempat ni - cari makan tau kot) . Macam biasa, pekena makanan faberet Kaki Rayau, Laksa. Dulu zaman belajar memang selalu pekena laksa buyung kat ipoh. Jadi nampak Laksa Buyung ni..terus singgah..boleh sesaja merasa dan membasahkan tekak dengan couple serasi laksa, Cendol !
Secara amnya memang menarik la. macam biasa, makan laksa di gerai tepi jalan memang auranya berbeza. Ada satu kepuasan yang tak sama dengan makan laksa di kedai tertutup mahupun di shopping kompleks. Angin Fresh ! Suasana keliling yang ceria.. tapi lain orang lain citarasa..!
Abang Md Ket bagitahu juga sebenarnya sebelah dia ada brader berniaga Kelapa Muda. Tapi kebetulan masa kami datang tu brader tu tutup kedai awal kerana stock kelapa muda dia dah kehabisan. Takda rezeki lah kami.
Boleh layan gambar-gambar di atas sebagai tatapan mata. Kalau kebetulan ke sana, boleh la singgah..Anda Pula Cuba bagaimana.....

No comments:
Post a Comment