Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

2012 60 Earth Hour




Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

Untuk tahun 2012, 60 Earth Hour jatuh pada Sabtu 27 Mac 2012 dari jam 8:30 malam.



*Klik Logo untuk pautan ke website WWF, sementara Kaki rayau dok cari info lain.

Tuesday, January 24, 2012

Karnival Karangkraf 2012

Agak2nya hujung minggu akan datang anda kemana? 


Jika anda belum ada sebarang perancangan mahu kemana untuk menghabiskan masa hujung minggu, rasanya bolehla anda mengunjungi Karnival Karangkraf 2012, pada 27, 28 & 29 Januari 2012 bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf  Seksyen 15, Shah Alam  


Karnival ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pengunjung, selain jualan murah novel-novel karangkaf. Antara aktiviti yang dijalankan:

1. Forum Bicara Anak Muda "Hatiku Hanya Milikmu"
Jumaat 27/1/2012
8.30malam



2. Konsert Media PPMH 2011/2012
Sabtu 28/1/2012
7.30-11malam


3. Pelancaran Majalah Baru AutoMaskulin
28/1/2012
2.30 petang 

4. Festival Penulis Grup Buku Karangkraf.
Tarikh : 27 - 29 Jan 2012
Masa : 9 Pagi - 3 Petang
Tempat : Karnival Karangkraf

5. Kempen Derma Darah

6. Jumble Sale




Lain - Lain Aktiviti :

• Zon Jualan Wanita Fame & Feminin.
• Sesi beramah mesra bersama editor-editor Grup Majalah Karangkraf.
• Penampilan Upin & Ipin bersama Grup Majalah Karangkraf.
• Demonstrasi masakan bersama majalah RASA.
• Bijak matematik bersama Fokus SPM dan Pakar Matematik Dunia LIM TECK HOE.
• Booth Photo (abadikan gambar anda di cover majalah).
• Bengkel Fesyen Gaya Tudung bersama Majalah Nur dan Dara.com.
• Penampilan Imam Muda dan Ustazah Pilihan bersama Majalah I.
• Test Shot Pencarian Majalah Bintang Kecil.



untuk maklumat lanjut layari karangkraf.com


agak2 carimakan nak beli novel apa ek? :D

Saturday, January 21, 2012

Gerai Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam

carimakan berkesempatan makan tengahari di Gerai Nasi Ayam Pak Mal yang terletak di Seksyen 11, Shah Alam.

Orang - orang Shah Alam memang dah sedia tahu dengan kedai ini, tambahan kepada mereka yang bekerja di sekitar Seksyen 11, Gerai Pak Mal ini dibuka waktu tengahari dan tutup pada hari Jumaat. 

Semasa carimakan kat sini, layanan yang diberikan amat berpuas hati. Tak perlu tunggu lama untuk makan. Nasi ayam memang sudah disediakan lebih awal, setiap pelanggan yang datang hanya perlu duduk dan pelayan akan datang ambil pesanan. Jika makan nasi ayam, pelayan akan terus meletakkan nasi ayam yang sudah disediakan. sangat pantas. Sesuai untuk mereka yang masa rehat tengahari yang singkat.

Tengahari tu, carimakan mencuba soto dan sahabat carimakan mencuba nasi ayam. 

air teh bunga .. banyak gilos


nasi ayam pak mal

soto pak mal

memang puas hati .. carimakan bagi 8/10 bintang. 

sesapa yang mahu mencuba boleh la singgah ke sini, tapi ingat HARI JUMAAT kedai tutup. harap maklum.

Selamat Mencuba!

Monday, January 16, 2012

Contengan Jalanan 2011

walaupun hampir ke penghujung Januari 2012, rasanya belum terlambat untuk carimakan berkongsi contengan jalanan 2011 yang sudah carimakan tempuhi.

Bermula 2011 dengan bergelar tunangan kepada kaki rayau, satu perkara yang memang tak disangka, hanya berkenalan di forum alam maya. kami di tunangkan pada 6 November 2010. Selepas 2 tahun bercinta.


Awal 2011, permulaan tahun yang sibuk buat carimakan, diberi tanggungjawab untuk memegang 1 projek dari mula hingga akhir. Alhamdulillah projek tamat pada April 2011.

Tahun 2011, tahun yang amat matang untuk carimakan. Berjaya menguruskan majlis sendiri tanpa ada selisih faham dan pendapat dengan kakirayau. Alhamdulillah... 2011 tahun yang matang :)

Januari - Jun 2011, carimakan dan kakirayau sibuk dan bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan majlis kami pada April & June 2011 berjalan dengan lancar. Walaupun pelbagai rintangan dan halangan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

2 April 2011, carimakan dan kakirayau selamat diijabkabulkan. Walaupun pelbagai rintangan yang carimakan hadapi sebelum majlis ini berlangsung. Dengan tiba - tiba jadual kerja carimakan sangat 'overload'.. rasa putus asa waktu itu. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


2 April 2011 dan seterusnya.. carimakan bergelar isteri kepada kakirayau, satu lagi benda yang amat carimakan tak percaya, carimakan mula tinggal bersama 1 keluarga yang baru. sangat baik. layanan dan pengalaman yang carimakan dapat dari sana memang kenangan yang sangat manis.

30 April 2011 & 5 Jun 2011, majlis persandingan kami berlangsung dengan sederhana tapi meriah.



Tahun 2011, raya yang pertama sebagai isteri :)

Tahun 2011, kehilangan nenek yang disayangi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tahun 2011, carimakan dan kakirayau terbang ke Langkawi semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik carimakan.

Tahun 2011 jugak la pertama kalinya carimakan terbang ke Sabah untuk jalan jalan cari makan :)


Tahun 2011, carimakan ke Terengganu.. satu-satunya negeri dalam semenanjung yang belum carimakan jejak.

Tahun 2011, carimakan ke Kelantan semata-mata untuk menghadiri majlis kesyukuran sahabat baik carimakan di zaman kampus. Kenangan yang memang tidak dapat dilupakan. :) Tahniah sahabat!


Kelantan adalah penutup jalan - jalan cari makan kami untuk 2011 :)


Tahun 2011, dari Perlis hingga ke Sabah.. carimakan dan kakirayau pusing - pusing jalan jalan cari makan.

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012 :)

Thursday, January 12, 2012

Spaghetti di masak !

salam readers;

Buat pertama kali, carimakan nak post masakan yang carimakan masak hari Ahad lepas.. dan pertama kali jugakla dalam hidup ni carimakan masak spaghetti. kedengaran macam kuno, tapi itu lah realitinya. haha

Bermula dengan membeli barang2... Spaghetti, daging cincang, tomato, sos spagetti dan sosej.

Carimakan aci redah ja masak, sebab pikir sos spaghetti tu dah readymade kan, so takda la risau dengan tahap rasa spagetti tu....

Cara carimakan masak:

Kuah Spaghetti:
1) Tumis bawang putih
2) Masukkan Daging cincang
3) Masak hingga daging tu masak & empuk
4) Masuk sos spagetti (ready made)
5) Masak sos sampai masak, kacau2
6) Masuk Sosej (dipotong kecil-kecil)
7) Masuk Tomato (Dihiris dadu)
8) Garam Secukup rasa :)
9) Kacau hingga masak.

Spaghetti:
1) Didihkan air
2) Masukkan spaghetti, masukkan sedikit minyak masak & garam
3) Rebus hingga lembut
4) Angkat dan toskan


 masak daging bersama bawang putih

rebus spaghetti

 angkat dan toskan

 sedia untuk dihidang

hidang bersama sos spaghetti

Hasilnyaaaaaaaaaaa.......





Masak itu bukan susah, susah kalau kita tak mau cuba..!

**maaf dengan kualiti gambar, carimakan belum beli Nikon lagi :P

Monday, January 9, 2012

Bihun Sup & Laksa Buyung Md Ket

Mai Singgah Dulu!!!

Lokasi : Hadapan SMK Aman Jaya, Sungai Petani
Menu : Laksa Buyung + Cendol



Banner Menu Bihun Sup & Laksa abang Md Ket ( No telefon juga tertera )




Memang peramah dengan pelanggan. Kebanyakkannya pelanggan tetap abang Md Ket




Menyelerakan? Sesuai dimakan bersama keluarga sebagai aktiviti sampingan dan riadah


Abang Md Ket menyediakan Laksa, tak sedar gambar diambil




Laksa Buyung Md Ket ( dah dimakan 2 - 3 suap baru amek gambar )
Harga ? RM2.00 ( KL memamg harapan la nak jumpa harga ni )




Sos Cili & Kicap ( xpernah jumpa kot jenama ni..haha Kaki Rayau memang pelik )




ini lah buyung memasak kuah laksa




Sebelah gerai Laksa



Cendol siap pulut, kacang, dan mangkuk arcopal!
Harga ? RM1.50 (harga sama ngan KL..saiz? )

Cuti tahun baru ni, kami ke Sungai Lalang di Sg Petani untuk ke rumah abang & kakak ipar yang menetap disitu. Singgah sebentar layan laksa di hadapan SMK Aman Jaya ( apa ntah nama tempat ni - cari makan tau kot) . Macam biasa, pekena makanan faberet Kaki Rayau, Laksa. Dulu zaman belajar memang selalu pekena laksa buyung kat ipoh. Jadi nampak Laksa Buyung ni..terus singgah..boleh sesaja merasa dan membasahkan tekak dengan couple serasi laksa, Cendol !

Secara amnya memang menarik la. macam biasa, makan laksa di gerai tepi jalan memang auranya berbeza. Ada satu kepuasan yang tak sama dengan makan laksa di kedai tertutup mahupun di shopping kompleks. Angin Fresh ! Suasana keliling yang ceria.. tapi lain orang lain citarasa..!

Abang Md Ket bagitahu juga sebenarnya sebelah dia ada brader berniaga Kelapa Muda. Tapi kebetulan masa kami datang tu brader tu tutup kedai awal kerana stock kelapa muda dia dah kehabisan. Takda rezeki lah kami.

Boleh layan gambar-gambar di atas sebagai tatapan mata. Kalau kebetulan ke sana, boleh la singgah..Anda Pula Cuba bagaimana.....

Friday, January 6, 2012

Piala Sumbangsih 2012





Perlawanan Sumbangsih
Piala Sultan Haji Ahmad Shah


Kelantan (1) lawan Negeri Sembilan (2)
7 Jan 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

[ UPDATE LIVE SUMBANGSIH ]


Perlawanan Juara bertemu Juara

Jika sesiapa yang ada kelapangan dan ingin merasa bahang perlawanan besar. Boleh la ke SNBJ esok.

Tak kira lah anda penyokong pasukan mana...

Sekadar merasai bahang dan debaran memburu Juara.




Jadual Penuh Liga Super [ Klik ]

Thursday, January 5, 2012

Kota Bharu, Kelantan Darul Naim - Part 2

sambungan dari Part 1

Part 2 : 17 Disember 2011 

Pada sebelah malamnya, kami ke Wakaf Che Yeh yang tak jauh dari tempat penginapan kami. Happening jugak tempat ni.. Uptown Kelantan. [patut la uptown KL ni seakan2 wakaf che yeh..] ....

hanya jalan2 then lepak makan di kedai makan berhampiran. tiada yang menarik perhatian untuk di beli.

Pintu masuk Wakaf Che Yeh - credit pada tuan empunya foto

Selepas makan, kami decide untuk pergi melihat persiapan majlis di rumah Nadiah... terima kasih Nadia sebab menjemput di luar jalan, konfius nak cari umah dia.. sbb dah lama sangat tak pergi .. 

gambar sekitar persiapan Majlis Kesyukuran Nadiah & Kasmie :

Persiapan untuk makan beradab

persiapan papan tanda

Pelamin yang cantik

Ahad 18 Disember 2011

Check out dari tempat penginapan dalam pukul 12 tengahari dan terus menuju ke majlis Nadiah & Kasmie.
Majlis yang sangat sederhana. Dalam pukul 1, rombongan pengantin lelaki tiba. cukup ramai. meriah.

Sekitar Majlis Kesyukuran Nadiah & Kasmie :




carimakan tak tahu bila mereka ini mula bercinta... yang pasti mereka adalah pasangan yang secocok. mungkin Kasmie ada kriteria yang sangat menarik yang membuatkan nadiah tertarik.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat sahabat dunia dan akhirat....

Sama cantik sama padan,
Semoga berkekalan..... !

Tamat.



Tuesday, January 3, 2012

Liga Primer 2012 - Jadual Perlawanan





Match Day # 1 : 9 Jan 2012 ( Isnin )

Sime Darby Fc lawan Harimau Muda B
Stadium MPS Selayang, 4:45 petang

Pahang lawan MBJB FC
Stadium Mini temerloh, 8:45 malam

ATM lawan Betaria FC
Stadium MBPJ, 8:45 malam

Johor lawan PDRM
Stadium Pasir Gudang, 8:45 malam

USM FC lawan Pos FC
Stadium Olahraga USM, 8:45 malam

MP Muar lawan Perlis
Stadium Sultan Ibrahim, 4:45 petang






Perlis
Stadium Utama Negeri, Kangar


Pahang
Stadium Mini Temerloh, Pahang



Majlis Perbandaran Muar - MP Muar
Stadium Sultan Ibrahim, Muar


Majlis Bandaraya Johor Bahru - MBJB FC
Stadium Sultan Ibrahim, Muar


Kelab Bola Sepak Staff Universiti Sains Malaysia - USM FC
Stadium Olahraga USM, Penang


Kelab Bola Sepak Pos Malaysia - Pos FC
Stadium MPS, Selayang



Persatuan Bola Sepak PDRM
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi



Johor
Stadium Pasir Gudang, Johor



Harimau Muda B
Stadium Nasional Bukit Jalil



Kelab Bola Sepak Betaria - Betaria FC
Stadium Hang Tuah, Melaka



Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia - ATM
Stadium MBPJ, Kelana Jaya



Sime Darby FC
Stadium MPS, Selayang

Liga Perdana 2012 [KLIK]


Penaja