Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 8, 2011

Pesta Nanas 2011 Menara KL



Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia akan menganjurkan PESTA NANAS di Menara Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 Disember 2011.


Pesta Nanas ini bertujuan mempromosikan keunikan, kelebihan dan kepelbagaian buah nanas Malaysia dan buah-buahan tempatan lain kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa. Buah-buahan lain termasuk rambutan, manggis, pulasan, dokong, buah naga, pisang, ciku dan jambu batu dijual dengan harga berpatutan


“Nanas sinonim dengan lokasi Menara Kuala Lumpur yang terletak di atas Bukit Nanas. Malah, rekabentuk puncak menara turut diinspirasikan dari buah nanas” kata Dato’ Zuraidah Hj Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti lain yang diadakan termasuk pertandingan meneka berat nanas, pertandingan mewarna nanas, pertandingan mengupas nanas kategori terpantas dan pertandingan memotong kulit nanas. Nantikan juga kemunculan maskot nanas dan replika gergasi nanas.

Pesta Nanas ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam dan masuk adalah PERCUMA.


Maklumat Lanjut :
M E N A R A K L
Menara KL Blogspot

Info Tambahan:
Aneka Resipi Nanas



P/S : Masih Teringat Pesta Durian di Muzium Telekom : Pesta Durian




No comments:

Post a Comment

Penaja