Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 21, 2010

Pesta Durian @ Muzium Telekom

Salam Pencari Makan...

Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita mendapat Rahmat & Hidayah bersempena bulan yang mulia ini.

Semua sedia maklum sekarang ni masih lagi musim Raja Buah, Durian. Kat mana-mana kita pergi pun akan ternampak Raja Buah ni dijual. Sampai moreh kat surau pun menu yang kita jamah, Pulut Cecah Durian (nyam2)..Roti Kosong Cecah Kuah Durian (betul ke namanya ni?)...termasuk jugak Bubur Kacang Hijau + Durian (nyam2..terliur).. ni betul2 menu yang Kaki-Rayau dapat sepanjang 10 malam pertama merasa moreh di surau...hehehehe

Sebut pasal Durian ni, sebenarnya sebelum berpuasa haritu, Kaki-Rayau berpeluang menyinggah ke satu pesta. Pesta bukan sebarang pesta. Pesta ni Pesta Durian.

Moh Cuci Mata Moh...


LOKASI ?

Dengan Kerjasama Muzium Telekom & FAMA


Muzium Telekom terletak di persimpangan Jalan Raja Chulan - Jalan Gereja. Dibelakang Menara Maybank, berhampiran Bursa Malaysia..


DURIAN ?

kesabaran membawa kejayaan




hampir berjaya




hasil sudah kelihatan


warna keemasan + bau yang menusuk kalbu



isi yang gebu dan rasa yang berkrim



selain Durian turut di sertakan Rambutan & Manggis dalam satu pakej





Pakej Makan Durian di Pesta Durian @ Muzium Telekom ni mengenakan bayaran RM15 untuk makan sampai puas, makan sampai lebam.. hehehehe

Apabila kita masuk, mereka akan memberikan sebotol air mineral (kalau tak cukup mintak lagi).

Kaki-Rayau & Cari Makan berjaya menghabiskan 5 biji Durian kelas D24 yang sangat baik.. Jadi, bila fikir harga se~KG Durian D24, memang berbaloi... hehehehe

Rasanya lepas buat kat Muzium Telekom, banyak lagi tempat-tempat yang buat Pesta Durian ni. Jadi lepas ni kalau ada kat mana-mana yang buat Pesta Durian, rugi kalau tak pegi...

Makan Sampai Lebam..

No comments:

Post a Comment

Penaja