Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 29, 2011

Piala Emas Raja-Raja 2011 - Edisi 71 : FINAL


Anjuran



Dengan Kerjasama



Penaja Utama



PERLAWANAN AKHIR PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011
1 JANUARI 2011
 
PAHANG lawan MELAKA
8:45 Malam - Stadium Mini Temerloh

Separuh Akhir 1
17 Dis : Pahang 1 - 1 Perlis
24 Dis : Kedah 0 - 1 Melaka
Separuh Akhir 2 : 27 Dis
Perlis 1 - 2 Pahang
Melaka 3 - 2 Kedah

Sejarah
Edisi Perlawanan : 71
Melaka Juara Terakhir : NAIB JUARA 1999 ( ATM 3-2 Melaka )
Pahang Juara Terakhir : 1980 ( Pahang 4-2 Perak )

Wednesday, December 28, 2011

Pesta Durian 2011 - 28 Dis

Hari Pertama Pesta Durian @ Muzium Telekom 2011




Laluan Masuk





Mengalu-alukan ketibaan




Petugas Bersedia Memberi Info Buah-Buahan





G B B S





"sifu" sedang meninjau buah-buahan





Jambu Air





Pilihan Tepat Dan Berkhasiat





Musang King





Asal Kelantan





Juga Asal Kelantan



Biar Gambar Menceritakan Segalanya......


Event apa ni ? rujuk Pesta Durian 2011


Tuesday, December 27, 2011

Kota Bharu, Kelantan Darul Naim - Part 1

Penutup 2011 ini, carimakan dan Kaki Rayau berkesempatan ke Negeri Pantai Timur atau lebih dikenali sebagai The Red Warriors..! pergi ke sana bertujuan untuk menghadiri majlis kesyukuran sahabat baik carimakan, iaitu Nadiah & Kasmie. Bertolak dari Kuala Lumpur dalam pukul 1130pm 16/12/11 .

hentian pertama kami dari Kuala Lumpur - Kota Bharu

sampai destinasi Kg To' Uban [rumah saudari Nughul Lalang] dalam pukul 7pagi. Perjalanan yang agak mencabar bagi kami, maklumla tak biasa dengan keadaan jalan yang berbukit. Cik Nughul nampak biasa saja.. sebab dia dah biasa, setahun berapa kali balik kampung ntah. Di To' Uban, kami berehat [tido], bersarapan dan berkesempatan melihat mereka membuat persiapan untuk membuat bubur Asyura. [takda pic...hehehe] .. hujan turun renyai renyai.

Dalam pukul 9pagi, kami mintak izin pada tuan rumah untuk mengundur diri, untuk berjumpa tuan rumah homestay kami. tp Encik Aidi hanya free pada pukul 2pm. pikir pikir kami decide ronda ronda sekitar bandar Kota Bharu la. Tempat pertama di tuju haruslah tempat kegemaran kami STADIUM. kali ni SSMIV jadi singgahan.

bahagian hadapan SSMIV 
Penjual rasmi barangan The Red Warriors

mungkin sebab pertama kali aku sampai ke sini, aku agak terpegun dengan persekitaran stadium ini. bahagian hadapan diletakkan tanda kiblat, bermakna ruang tersebut digunakan untuk penonton menunaikan solat. unik bagi aku. 

Destinasi berikutnya kami ke Rantau Panjang. ohhh kat sini carimakan macam nak pengsan tengok harga2 barang yang murah2.... 

Pintu masuk Rantau Panjang

makanan pelik aku jumpa kat sana "BABA ICE"

 ni hasil BABA ICE

gambar di sini xberapa nak ambil. excited jalan jalan...yang pasti aku pasti kembali lagi ke sini.





Monday, December 26, 2011

Pesta Durian 2011

Pesta Durian mai lagi ... tahun lepas kami berkesempatan berkunjung ke Pesta Durian 2010


Peminat - peminat durian mesti tidak akan melepaskan peluang ini.. banyak buah - buahan yang ada, hanya dengan RM15 ...

jangan lepaskan peluang... jumpa anda di sana!!





Thursday, December 22, 2011

Duit Kertas Baru Malaysia





Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.





Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.







Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana







Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.







Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.





Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.



Wednesday, December 21, 2011

Duit Syiling Baru Malaysia


Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.







50 sen

Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan

Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.





20 sen

Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.



10 sen
Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.



5 sen

Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.



Spesifikasi Teknikal



SUMBER : BNM


Wednesday, December 14, 2011

Konsert LOUDSPEAKER 2011





Buat julung kalinya, syarikat yang cukup sinonim dengan industri permotoran berkuasa tinggi, penerbitan dan juga pengurusan acara, Red Garage Group Sdn Bhd bakal menganjurkan konsert ‘bayi’ sulung mereka berskala besar dipanggil Konsert Loudspeaker pada 25 Disember ini di Stadium Merdeka.

Syarikat yang diusahakan Muhd Idi Iskandar b Abu Zahar bersama adiknya yang juga pelakon popular, Dira Abu Zahar ini mempertaruhkan dan bakal digegarkan dengan empat ikon muzik berpaksikan rock di negara kita iaitu kumpulan otai Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter.

Dengan pengaruh, kuasa dan legasi seni yang diperjuangkan empat entiti seni itu, konsert sekitar tiga jam ini dijangka mampu memanaskan lagi momentum 2011 yang bakal berlabuh tidak lama lagi. Konsert tiket dijual pada harga yang mampu dimiliki iaitu RM77 dan RM222 bagi VVIP.





Lan, Ali dan Faizal


Jika sebelum ini syarikat yang turut memiliki kedai menjual motosikal berkuasa tinggi, Red Garage Malaysia (beroperasi berdekatan premis KLCC) dan mempunyai majalah permotoran, My Chopperz Magazine ini sering bekerjasama sebagai penaja bersama untuk sesebuah acara termasuk karnival, lalu, konsert ini dilihat bakal menjadi percaturan dan penanda aras baru buatnya.

Menurut Dira, 27, yang baru saja bergelar isteri kepada pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof pada 11 November lalu, konsert ini disifatkan sebagai satu batu loncatan buat Red Garage untuk terus mengukuhkan kredibilitinya dalam paksi pengurusan acara sekali gus menjadikan hiburan sebagai tarikan utama.

“Kalau dalam fesyen sekalipun hiburan itu sering menghargai di antara satu sama lain. Jadi kita boleh mewujudkan mekanisme baru pula dengan meletakkan dunia permotoran dan hiburan berjalan seiring. Malah tidak dapat dinafikan hiburan begitu dekat dengan manusia dan masyarakat kita khususnya.

“Meletakkan empat figura ini iaitu Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter sendiri boleh dianggap sebagai umpan terbaik untuk menarik peminat masing-masing datang ke konsert ini. Tambah pula kita mengenakan harga yang boleh dianggap berpatutan,” katanya yang memikul tanggung jawab sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi, Red Garage Group Sdn Bhd.




Azlan & Typewriter dan XPDC

Serentak dengan mengalu-alukan kedatangan konsert Loudspeaker di negara kita, turut akan diadakan Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 pada 23 dan 24 Disember iaitu dua hari sebelum berlangsungnya konsert kemuncak yang dinanti-nantikan ramai itu.


KLBW 2011 mengambil lokasi di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. KLBW menjadi kesinambungan tahun sebelumnya yang dimulakan sejak 2008. Seperti tahun terdahulu, acara yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia ini mencipta kejayaannya yang tersendiri.

“Alhamdulillah saban tahun jumlah penyertaan dari penunggang motosikal dan kehadiran orang ramai untuk menyaksikan acara ini sangat menggalakkan. Bayangkan sejak 2008, kita meraih jumlah seramai 8,000 orang dan meningkat tahun lalu seramai 25,000 orang.

“Sesuatu yang cukup membanggakan juga, acara ini juga mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada rakan media, penaja dan stesen TV. Kami amat berterima kasih dan harapnya hal yang sama akan terjalin kali ini. KLBW dalam erti kata lain juga menjadi ruang untuk mempromosikan dunia permotoran dan sektor pelancongan dalam skala yang lebih meluas,” kata Muhd Idi Iskandar b. Abu Zahar selaku Pengarah Acara Red Garage Group Sdn Bhd.





XPDC 2 Generasi


Tambah Idi lagi, KLBW secara khususnya memberi sasaran kepada semua penunggang dan peminat motosikal berkuasa tinggi dari serata dunia dengan menyaksikan Malaysia mewakili rantau Asia Tenggara mengambil inisiatif meneruskan kelangsungan acara ini.

“Untuk kali ini kami begitu positif meletakkan sasaran seramai 150,000 orang untuk sama-sama menyaksikan KLBW 2011. Untuk acara selama dua hari ini kita akan buka gerai jualan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS), gerai pameran, pameran seni lukis dan grafiti,pameran motor unik dan persembahan pentas," kata Idi lagi

Red Garage Group Sdn Bhd yang beroperasi sejak empat tahun lalu pernah menjayakan kerjasama untuk konsert Double Trouble tahun lalu yang menyaksikan kolaborasi dua otai rock negara, Wings dan Search selain konsert Wings Opera Hidup tahun ini. Syarikat ini beroperasi secara rasmi di alamat Block K-02-09, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Layari laman sesawang, www.facebook.com/redgaragemalaysia untuk maklumat lanjut. Urusan pembelian tiket boleh dilakukan dengan melayari www.tickethotline.com.my



Pautan:KL Bike Week 2011
Beli Tiket Anda Disini : Ticket Hotline
Menangi Tiket Percuma Di Sini : HOT FM

sumber info : GUA




Tuesday, December 13, 2011

Undian Piala FA 2012


Liga Malaysia 2012

PIALA FA 2012
Pusingan Pertama



(Bahagian A)

Terengganu lawan PDRM

Perak lawan ATM

UiTM lawan Lions XII

Betaria FC lawan Melaka

Pos FC lawan USM

Sime Darby FC lawan Sabah

Negeri Sembilan lawan Johor FC

Shahzan Muda lawan Selangor




(Bahagian B)

Kelantan lawan Sarawak

KL lawan MP Muar

Harimau Muda B lawan P.Pinang AUCMS

KL SPA FC lawan MBJB FC

Kedah lawan PKNS FC

Perlis lawan SDM Navy Kepala Batas

Johor lawan T-Team

Felda United FC lawan Pahang





Jadual Perlawanan


Pusingan Pertama : 18 Feb 2012 ( satu pusingan )

Pusingan Kedua : 10 Mac 2012 ( satu pusingan )

Suku Akhir 1 : 24 Mac 2012
Suku Akhir 2 : 27 Mac 2012

Separuh Akhir 1 : 21 April 2012
Separuh Akhir 2 : 1 Mei 2012

Akhir : 19 Mei 2012

corat coret
- Piala BARU 2012 ?
- tiada pun kelibat pasukan dari Kemboja PKR FC ?
- Venue Final Stadium Bukit Jalil ?



TERENGGANU juara Piala FA 2011




Piala Emas Raja-Raja 2011 - Separuh Akhir


Anjuran



Dengan Kerjasama



Penaja Utama






Separuh Akhir
17 Dis 2011 - Sabtu

Kedah lawan Melaka
( Stdm Darul Aman, 8:45 malam )

Pahang lawan Perlis
( Stdm Mini Temerloh, 8:45 malam )





Monday, December 12, 2011

ATM FA 2012





Senarai Pemain ATM FA 2012 - Liga Perdana

Abd Rashid Mahmud
Amiridzwan Taj Tajuddin
Christee Jayaseelan
Danial Fadzly Abdullah
Hairuddin Omar
Hardy Charles Parsi
Irwan Fadzli Idrus
Mohd Aidil Zafuan Abd Razak
Mohd Zaquan Adha Abd Razak
Mohammad Alif Mohd Daud
Mohammad Hafizzudin Azuhar
Mohd Azmi Muslim
Mohd Farizal Harun
Mohd Fitri Omar
Mohd Nazri Akui
Muhammad Aizuddin Ismail
Rezal Zambery Yahya
Rosaiful Nizam Omar
K. Rubben Thayaparan
Suhhaimi Ishak
A. Varathan
Vennice Elphi Danny Kaya
Yusaini Hafiz Che Saad


Pemain Import





Ketua Jurulatih :
B. Sathianathan
Pen Jurulatih : Kamaruddin Mohd Noor
Pen Jurulatih : Shahrin Saiyadi Abd Majid
Jurualatih Penjaga Gol : Abd Hamid Ramli


Laman berkaitan
PBAT - Facebook
PBAT - Twitter
A T M F A







Penaja