Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 21, 2012

Gerai Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam

carimakan berkesempatan makan tengahari di Gerai Nasi Ayam Pak Mal yang terletak di Seksyen 11, Shah Alam.

Orang - orang Shah Alam memang dah sedia tahu dengan kedai ini, tambahan kepada mereka yang bekerja di sekitar Seksyen 11, Gerai Pak Mal ini dibuka waktu tengahari dan tutup pada hari Jumaat. 

Semasa carimakan kat sini, layanan yang diberikan amat berpuas hati. Tak perlu tunggu lama untuk makan. Nasi ayam memang sudah disediakan lebih awal, setiap pelanggan yang datang hanya perlu duduk dan pelayan akan datang ambil pesanan. Jika makan nasi ayam, pelayan akan terus meletakkan nasi ayam yang sudah disediakan. sangat pantas. Sesuai untuk mereka yang masa rehat tengahari yang singkat.

Tengahari tu, carimakan mencuba soto dan sahabat carimakan mencuba nasi ayam. 

air teh bunga .. banyak gilos


nasi ayam pak mal

soto pak mal

memang puas hati .. carimakan bagi 8/10 bintang. 

sesapa yang mahu mencuba boleh la singgah ke sini, tapi ingat HARI JUMAAT kedai tutup. harap maklum.

Selamat Mencuba!

Monday, January 16, 2012

Contengan Jalanan 2011

walaupun hampir ke penghujung Januari 2012, rasanya belum terlambat untuk carimakan berkongsi contengan jalanan 2011 yang sudah carimakan tempuhi.

Bermula 2011 dengan bergelar tunangan kepada kaki rayau, satu perkara yang memang tak disangka, hanya berkenalan di forum alam maya. kami di tunangkan pada 6 November 2010. Selepas 2 tahun bercinta.


Awal 2011, permulaan tahun yang sibuk buat carimakan, diberi tanggungjawab untuk memegang 1 projek dari mula hingga akhir. Alhamdulillah projek tamat pada April 2011.

Tahun 2011, tahun yang amat matang untuk carimakan. Berjaya menguruskan majlis sendiri tanpa ada selisih faham dan pendapat dengan kakirayau. Alhamdulillah... 2011 tahun yang matang :)

Januari - Jun 2011, carimakan dan kakirayau sibuk dan bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan majlis kami pada April & June 2011 berjalan dengan lancar. Walaupun pelbagai rintangan dan halangan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

2 April 2011, carimakan dan kakirayau selamat diijabkabulkan. Walaupun pelbagai rintangan yang carimakan hadapi sebelum majlis ini berlangsung. Dengan tiba - tiba jadual kerja carimakan sangat 'overload'.. rasa putus asa waktu itu. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


2 April 2011 dan seterusnya.. carimakan bergelar isteri kepada kakirayau, satu lagi benda yang amat carimakan tak percaya, carimakan mula tinggal bersama 1 keluarga yang baru. sangat baik. layanan dan pengalaman yang carimakan dapat dari sana memang kenangan yang sangat manis.

30 April 2011 & 5 Jun 2011, majlis persandingan kami berlangsung dengan sederhana tapi meriah.



Tahun 2011, raya yang pertama sebagai isteri :)

Tahun 2011, kehilangan nenek yang disayangi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tahun 2011, carimakan dan kakirayau terbang ke Langkawi semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik carimakan.

Tahun 2011 jugak la pertama kalinya carimakan terbang ke Sabah untuk jalan jalan cari makan :)


Tahun 2011, carimakan ke Terengganu.. satu-satunya negeri dalam semenanjung yang belum carimakan jejak.

Tahun 2011, carimakan ke Kelantan semata-mata untuk menghadiri majlis kesyukuran sahabat baik carimakan di zaman kampus. Kenangan yang memang tidak dapat dilupakan. :) Tahniah sahabat!


Kelantan adalah penutup jalan - jalan cari makan kami untuk 2011 :)


Tahun 2011, dari Perlis hingga ke Sabah.. carimakan dan kakirayau pusing - pusing jalan jalan cari makan.

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012 :)

Penaja