Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 16, 2012

Contengan Jalanan 2011

walaupun hampir ke penghujung Januari 2012, rasanya belum terlambat untuk carimakan berkongsi contengan jalanan 2011 yang sudah carimakan tempuhi.

Bermula 2011 dengan bergelar tunangan kepada kaki rayau, satu perkara yang memang tak disangka, hanya berkenalan di forum alam maya. kami di tunangkan pada 6 November 2010. Selepas 2 tahun bercinta.


Awal 2011, permulaan tahun yang sibuk buat carimakan, diberi tanggungjawab untuk memegang 1 projek dari mula hingga akhir. Alhamdulillah projek tamat pada April 2011.

Tahun 2011, tahun yang amat matang untuk carimakan. Berjaya menguruskan majlis sendiri tanpa ada selisih faham dan pendapat dengan kakirayau. Alhamdulillah... 2011 tahun yang matang :)

Januari - Jun 2011, carimakan dan kakirayau sibuk dan bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan majlis kami pada April & June 2011 berjalan dengan lancar. Walaupun pelbagai rintangan dan halangan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

2 April 2011, carimakan dan kakirayau selamat diijabkabulkan. Walaupun pelbagai rintangan yang carimakan hadapi sebelum majlis ini berlangsung. Dengan tiba - tiba jadual kerja carimakan sangat 'overload'.. rasa putus asa waktu itu. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


2 April 2011 dan seterusnya.. carimakan bergelar isteri kepada kakirayau, satu lagi benda yang amat carimakan tak percaya, carimakan mula tinggal bersama 1 keluarga yang baru. sangat baik. layanan dan pengalaman yang carimakan dapat dari sana memang kenangan yang sangat manis.

30 April 2011 & 5 Jun 2011, majlis persandingan kami berlangsung dengan sederhana tapi meriah.



Tahun 2011, raya yang pertama sebagai isteri :)

Tahun 2011, kehilangan nenek yang disayangi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tahun 2011, carimakan dan kakirayau terbang ke Langkawi semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik carimakan.

Tahun 2011 jugak la pertama kalinya carimakan terbang ke Sabah untuk jalan jalan cari makan :)


Tahun 2011, carimakan ke Terengganu.. satu-satunya negeri dalam semenanjung yang belum carimakan jejak.

Tahun 2011, carimakan ke Kelantan semata-mata untuk menghadiri majlis kesyukuran sahabat baik carimakan di zaman kampus. Kenangan yang memang tidak dapat dilupakan. :) Tahniah sahabat!


Kelantan adalah penutup jalan - jalan cari makan kami untuk 2011 :)


Tahun 2011, dari Perlis hingga ke Sabah.. carimakan dan kakirayau pusing - pusing jalan jalan cari makan.

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012 :)

No comments:

Post a Comment

Penaja