Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 3, 2011

Pasukan Pulau Pinang Dalam Liga Malaysia 2012

Liga Primer

USM FC




Pasukan yang dipelopori oleh Staff-Staff Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dengan gabungan beberapa pemain luar yang mencuba nasib dalam kancah bola sepak kebangsaan. Merupakan penyertaan ketiga dalam Liga Primer Malaysia. Dan penyertaan ke 4 dalam Liga Profesioanal Malaysia setelah mula menyertai Liga FAM pada tahun 2009. Pastinya ramai mengingati betapa hebatnya Failee Ghazli bersama Perak & G.Jeevanathan bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia 2011 yang merupakan pemain USM yang dipinjamkan bersama pasukan tersebut dan kini mereka kekal bersama pasukan tersebut. Diharapkan USM FC dapat mara lebih jauh dalam cabaran Liga Primer 2012 dan sekaligus mengharumkan nama Pulau Pinang kerana USM FC satu-satunya pasukan dari Pulau Pinang yang bermain di peringkat Liga Paling Tinggi.

Info 2012:-
Ketua Jurulatih : S. Veloo
Stadium : Kompleks Olahraga USM, Pulau Pinang.
Kelab Peminat : U S M F C

Liga/Piala FAM

Penang AUCMS





Merupakan pasukan asal Pulau Pinang. Tahun 2012 memperlihatkan Penang FA membuat kerjasama Bersama Allianze University College of Medical Sciences dalam usaha mengembalikan martabat Pulau Pinang dalam Liga Malaysia. Perjanjian yang termaktub adalah Pihak AUCMS akan menguruskan pasukan Liga FAM manakala Penang FA hanya fokus pada saingan Piala Presiden. Pada awalnya dikhabarkan ketua jurulatih bagi Penang AUCMS adalah Haji Ahmad Yusof yang merupakan jurulatih pada akhir saingan 2011 dan jurulatih pasukan Kedah. Walaubagaimanapun Haji Ahmad Yusof kemudiannya memilih untuk bersama sebuah pasukan kelab lembah kelang untuk meneruskan saingan kariernya sebagai jurulatih. Mampukah Penang AUCMS mengembalikan imej bola sepak Pulau Pinang? 2012 kita nantikan.

Info 2012:-
Ketua Jurulatih :Krecska János
Stadium
: Kompleks Sukan Mini Bertam, Kepala Batas
Kelab Peminat : H A R I A P E N A N G



SDM Navy Kepala Batas



Sebuah pasukan kelab persendirian yang diasaskan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Walaubagaimanapun SDM telah menjalin kerjasama bersama Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM untuk bersama membentuk pasukan. SDM Navy sudah menyertai Liga Profesional Malaysia bermula tahun 2007 akan tetapi tiada sebarang pencapaian tertinggi yang pernah dicatakan oleh pasukan. Agak kerap turun naik liga antara Liga Primer & Liga FAM. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai pemain, stadium tuan rumah mengenai pasukan.



PBAPP FC




Pasukan yang baru didalam Liga Malaysia. Pasukan yang mewakili Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, terdapat desas desus yang pasukan PBA PP mendapat dana daripada kerajaan negeri untuk mereka meneruskan perjalanan dalam saingan Liga Malaysia. Ramai juga bekas-bekas pemain Pulau Pinang yang beraksi mewakili PBAPP FC dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Info 2012:-
Ketua Jurulatih :TBA
Stadium
: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Kelab Peminat : PBAPP FC


Walau banyak mana pun pasukan dari Pulau Pinang yang beraksi, bagi orang-orang penang, hanya satu pasukan tetap dihati mereka sampai bila-bila... Haria Penang Haria






No comments:

Post a Comment

Penaja