Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 27, 2011

Kota Bharu, Kelantan Darul Naim - Part 1

Penutup 2011 ini, carimakan dan Kaki Rayau berkesempatan ke Negeri Pantai Timur atau lebih dikenali sebagai The Red Warriors..! pergi ke sana bertujuan untuk menghadiri majlis kesyukuran sahabat baik carimakan, iaitu Nadiah & Kasmie. Bertolak dari Kuala Lumpur dalam pukul 1130pm 16/12/11 .

hentian pertama kami dari Kuala Lumpur - Kota Bharu

sampai destinasi Kg To' Uban [rumah saudari Nughul Lalang] dalam pukul 7pagi. Perjalanan yang agak mencabar bagi kami, maklumla tak biasa dengan keadaan jalan yang berbukit. Cik Nughul nampak biasa saja.. sebab dia dah biasa, setahun berapa kali balik kampung ntah. Di To' Uban, kami berehat [tido], bersarapan dan berkesempatan melihat mereka membuat persiapan untuk membuat bubur Asyura. [takda pic...hehehe] .. hujan turun renyai renyai.

Dalam pukul 9pagi, kami mintak izin pada tuan rumah untuk mengundur diri, untuk berjumpa tuan rumah homestay kami. tp Encik Aidi hanya free pada pukul 2pm. pikir pikir kami decide ronda ronda sekitar bandar Kota Bharu la. Tempat pertama di tuju haruslah tempat kegemaran kami STADIUM. kali ni SSMIV jadi singgahan.

bahagian hadapan SSMIV 
Penjual rasmi barangan The Red Warriors

mungkin sebab pertama kali aku sampai ke sini, aku agak terpegun dengan persekitaran stadium ini. bahagian hadapan diletakkan tanda kiblat, bermakna ruang tersebut digunakan untuk penonton menunaikan solat. unik bagi aku. 

Destinasi berikutnya kami ke Rantau Panjang. ohhh kat sini carimakan macam nak pengsan tengok harga2 barang yang murah2.... 

Pintu masuk Rantau Panjang

makanan pelik aku jumpa kat sana "BABA ICE"

 ni hasil BABA ICE

gambar di sini xberapa nak ambil. excited jalan jalan...yang pasti aku pasti kembali lagi ke sini.





No comments:

Post a Comment

Penaja