Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 17, 2010

Cari Makan @Satay Station, Kg Pandan

Salam Pencari Makan!

Hari ni cari makan nak tayang pasal makan - makan @Satay Station Kg Pandan.

Menu yg ada kat cnie of course la pelbagai jenis sate...ayam & daging mavelees!!!

[Kaki-Rayau : satay daging dia mengancam....rasa manis daging masih ada, ternyata daging yang digunakan freshhhh...nyam-nyam]


Mee Rebus Bonda yang paling mengancam yg cari makan penah jumpa..sesapa yg teringin nak makan mee rebus yg puas hati boleh la try kat cnie....mmg terangkat!!!




Untuk makluman, Satay Station mempunyai beberapa lokasi cawangan di sekitar KL ni. Gambar di atas merupakan Satay Station di Kg Pandan, KL atau lokasi sebenarnya terletak di Jalan Pandan Kemajuan A [ Rujuk Google Map ] yang terletak berhampiran Poliklinik di situ, jika anda dari Jalan Lingkaran Tengah 2 ( MRR2 ), Jalan Pandan Kemajuan A adalah simpang yang berhampiran TESCO Ampang. Walaupun masalah parking boleh dikatakan menjadi masalah utama untuk berkunjung ke sini, anda semua tidak perlu risau kerana ada seorang Brader yang memang menunggu di luar kawasan kedai akan membantu anda untuk mencari parking di kawasan sekitar. Yang penting jangan tutup jalan masuk rumah orang...

Antara yang menarik di Satay Station Kg Pandan rumah ala kampung yang dijadikan kedai di sini selain meja dan kerusi makan diluar. Untuk dalam rumah tu, siapa cepat dia dapat. Ada disediakan bilik-bilik kecil sebagai ruang makan. Yang penting duduk bersila tau.

Antara lokasi lain Satay Station adalah di Ampang Waterfront, Mont Kiara & Taman Setiwangsa. Walaubagaimanapun, Cari Makan & Kaki-Rayau hanya berkesempatan berkunjung ke cawangan Kg Pandan sebanyak 3 kali.

Kepada yang ada akaun FB, boleh add Satay Station dalam Friend List anda "Satay Station"

Selamat Menjamu Selera!
Perut Kenyang Hati Pun Senang

No comments:

Post a Comment

Penaja