Untuk 2014 ni, saya mulakan dengan pengembaraan kami ke Hatyai - Krabi bermula dari 27/12 - 1/1/14.
Agak teruja untuk join trip ni ke Thailand ni. Mana taknya aku akan ke Pulau idaman aku dari dulu lagi. KRABI!
Bermula dengan berkumpul di Kuala Lumpur Sentral, tren kami bergerak pada pukul 9.30malam. Perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 12 jam lebih untuk sampai ke Hatyai. Tak terkira berapa stesen yang kami tempuhi. (kira lengkaplah perjalanan kami dari Selatan - Utara).
Permandangan dari dalam keretapi, masih dalam Malaysia.
Kemudian tiba di Stesen Padang Besar untuk pemeriksaan imigresen. Dalam 45minit menunggu tren untuk perjalanan seterusnya ke Hatyai. Tiba di Hatyai lebih kurang sejam kemudian.
Kami disambut ramah dengan tourist guide kami, En Ari dan anak beliau Karim.
Bermula perjalanan dalam bandar Hatyai, menuju ke hotel.
Hotel - Daiichi Hotel
Pengangkutan sepanjang 4 hari 3 malam. Sempoooiii..
Rehat sekejap, kemudian di bawa untuk makan tengahari. Dah boleh agak apa menunya... taraaaaaa...
Sedap hingga menjilat jari.
Selepas ini, kisah pengembaraan di Hatyai.
ok, aku tunggu cerita hang ;)
ReplyDelete