Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 21, 2014

Kembara Hatyai <----> Krabi II

Tuuu diaaa berdebu tempat ni.... haiyaa...tuan tanah bukan busy, cuma ntah..tuan tanah tak berapa nak pandai menulis, idea banyak tapi bila jari kat keyboard, jari jadi kelu. hikhikhik..

Sambung kembara Hatyai (perasaan teruja masih ada walaupun dah nak dekat setahun dah :P)

Tuan tanah update setakat mana yang ingat, sebab la ni ada masalah "short term memory", faktor umur dan segalanya.

Apabila sampai di Hatyai, check in hotel segala. Kami di bawa melawat beberapa tempat di Hatyai. Antaranya... (layan gambar jelah yer)

Nora Plaza - yang dikatakan tempat wajib lawat. Bagi aku biasa saja, mahal sama jer.

Tempat tengok gajah - beli pisang makan, tempat yang agak bosan :P

Ohhh mennn..sini tempat kesukaan..macam-macam makanan ada, jangan ragu dengan kehalalan, yakin!






Memang layan kan. Memang kena dengan kesukaan kami lah!


Bila malam, Kami buat aktiviti sendiri. Apa lagi, laki bini memang tak boleh duduk diam, malam tu kami naik tuk tuk menuju ke Pasar Malam di Hatyai.

Suasana sama macam Uptown Malaysia jer.

Time tak terpikir nak rasa, mungkin dah kenyang kot. Ntah lupa pasai apa.

Ok, cukup cerita Hatyai. Tempat dia biasa saja. Tapi kalau tak pernah teroka..silakan. Kita akan sambung cerita Hatyai untuk perjalanan balik nanti. 



Saturday, January 4, 2014

Kembara Keretapi : Hatyai <---> Krabi

Sudah lama tak berupdate blog ni. Insyaallah 2014 akan coretkan serba sedikit perjalanan sepanjang 2014. Insyaallah.

Untuk 2014 ni, saya mulakan dengan pengembaraan kami ke Hatyai - Krabi bermula dari 27/12 - 1/1/14.

Agak teruja untuk join trip ni ke Thailand ni. Mana taknya aku akan ke Pulau idaman aku dari dulu lagi. KRABI!

Bermula dengan berkumpul di Kuala Lumpur Sentral, tren kami bergerak pada pukul 9.30malam. Perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 12 jam lebih untuk sampai ke Hatyai. Tak terkira berapa stesen yang kami tempuhi. (kira lengkaplah perjalanan kami dari Selatan - Utara).

Permandangan dari dalam keretapi, masih dalam Malaysia.


Kemudian tiba di Stesen Padang Besar untuk pemeriksaan imigresen. Dalam 45minit menunggu tren untuk perjalanan seterusnya ke Hatyai. Tiba di Hatyai lebih kurang sejam kemudian. 


Kami disambut ramah dengan tourist guide kami, En Ari dan anak beliau Karim. 

Bermula perjalanan dalam bandar Hatyai, menuju ke hotel. 

Hotel - Daiichi Hotel


Pengangkutan sepanjang 4 hari 3 malam. Sempoooiii..

Rehat sekejap, kemudian di bawa untuk makan tengahari. Dah boleh agak apa menunya... taraaaaaa...


Sedap hingga menjilat jari.

Selepas ini, kisah pengembaraan di Hatyai. 

Penaja